Sunday 1 November 2015

Hak Kanak-Kanak





Friday, October 30,2015
Kanak-kanak merupakan modal insan yang sangat penting kepada negara. Mereka akan menjadi pewaris kepada tanah air yang kita cintai ini pada suatu hari kelak.Perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan dan keganasan hendaklah diberi sepenuh perhatian.

Tetapi masyarakat sekarang kurang mengambil serius terhadap masalah ini. Di sini kita dapat lihat ramai kanak-kanak yang masih teraniaya seperti kes-kes pederaan  di taska.

Akhir-akhir ini taska banyak dibuka seperti cendawan selepas hujan. Namun begitu kebanyakan taska-taska ini  tidak berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Oleh itu agak sukar mengawal tingkah laku pengendali atau pengusaha pusat jagaan kanak-kanak tersebut. Mereka sepatutnya diletakkan di bawah kawalan  Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (akta 308) .

Baru-baru ini kita kerap diketengahkan berita  penderaan kanak-kank di taska yang tidak didaftarkan ini. Sebagai contoh,  kes di  Georgetown Pulau Pinang  yang membabitkan  insiden seorang kanak-kanak yang didera oleh pengasuhnya semasa berada di taska.

Sebagai Ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka perlu mengambil berat tentang masalah penderaan ini agar anak mereka terhindar dari kejadian tersebut.  Mereka mesti pandai memilih taska yang baik dan dipercayai bertanggungjawab  dalam penjagaan dan pendidikan anak-anak terutamanya yang masih kecil. Sebelum  menghantar anak-anak ke taska mereka perlu membuat pamantauan ke atas taska yang dipilih. Bertanyalah kepada rakan-rakan yang sudah mengantar anak mereka sebelum ini untuk mengenali  latar belakang taska tersebut. Pastikan  ada ciri-ciri keselamatan seperti  terdapatnya pemasangan cctv. Setelah anak diletakkan dalam jagaan taska,  janganlah diserahkan sepenuhnya kepada mereka. Lakukan  juga sekali-sekala lawatan mengejut untuk melihat keadaan di sana.


Banyak kes penderaan berlaku di dalam negara dan dipaparkan melalui media masa. Berikut adalah sebahagian contoh gambar penderaan yang dipungut dari keratan akhbar .








Terdapat juga video penderaan kanak-kanak dimuat naik dalam internet. Sebagai contoh kes yang berlaku pada tahun 2014.



Kepada pengusaha taska dan juga pengasuh, fikirlah apa yang dilakukan. Perbuatan kita lambat laun  akan terbocor juga dan akhirnya mendapat balasan seperti di dakwa dalam mahkamah. Di akhirat nanti pula akan dibalas dengan hukuman yang setimpal.  Ingatlah, kanak-anak tersebut adalah satu amanah yang akan dipersoal oleh Allah SWT kelak.

Akhir kata, sesuatu perlu dilakukan untuk menjaga kebajikan  kanak-kanak baik dari segi fizikal dan mental agar mereka dapat hidup dalam suasana yang hormoni dan kasih sayang.